Thursday 27 January 2011

Saya Blogger Perantau


Perantau2... cepat klik banner, segmen berakhir 29 jan.

Tanggal 7 sept 2007, kami sekeluarga berlepas meninggalkan tanah air dengan perasaan sedih tapi teruja. Sedih sebab berjauhan dengan keluarga, sedih sbb saya kena cuti tanpa gaji... hukhukhuk. Tapi teruja sebab boleh menjejakkan kaki.. opps, merasa tinggal di negara 4 musim.
Berbelas2 jam dalam kapal terbang, dan transit pula bbrp jam.. akhirnya kami tiba di Edinburgh, Scotland. Mulut saya laju jer berbunyi.. "aik? tak sejuk pun?" Mana nak sejuknya sebab masih dalam airport, lagi pun masa tu baru jer nak masuk musim luruh. Kami merantau ni kerana suami saya dipaksa memerah otak untuk mendapatkan seketul phD. Saya dan anak2... enjoy!!!
Autumn- University of Edinburgh
 Padang yg luas ni terletak dalam kawasan universiti. Di sinilah tempat para pelajar dan orang awam serta anjing mereka beriadah, berBBQ dan berposing. Pokok berdaun kuning ni adalah cherry blossom atau nama glamernya sakura. Bila winter togel jer, bila spring bunga pink berkepuk2 macam kekabu, bila summer daun hijau dan autumn daunnya kuning.

Winter - Arthur's Seat

 Pengalaman manis? mestilah main snow. Dulu2 pernah juga main kat kat mines n genting.. tapi x puas la. Sekarang mmg puas hati. Kebetulan pula dua tahun terakhir ni mmg snow turun selebat2nya. Gambar kat atas tu saya n suami main sledging kat bukit Arthur's Seat, bekas gunung berapi yg menjadi tarikan pelancong di Edinburgh. Orang putih ni suka aktiviti lasak, bila melancong depa suka panjat memanjat sambil2 tgk keindahan bandar.

Spring - Edinburgh Castle

 Selain drpd menyaksikan perubahan musim, kami juga terikut2 cara orang putih... pergi melancong. Pantang cuti sekolah aje, mula la cari tempat untuk bercuti sambil menipiskan poket... huhuhu. Daya tarikan utama bg negara2 eropah ialah senibina klasik yg masih dijaga rapi.
Dalam banyak2 musim, spring la yg sungguh mengujakan. Bunga akan keluar silih berganti dan berwarna-warni. Mula2 bunga crocus, lps tu daffodils, lepas u cherry blossom, lps tu hyacint, tulip dan berakhir dengan roses. Mana2 taman dah jadi macam taman serendah sekebun bunga.

Summer - Portobello Beach
 Summer ni biasa2 ajelah, pemandangannya dah jadi macam kat negara kita cuma bezanya ramai yg togel2 tak kira tempat. Suhu 25C dah membuatkan mereka resah gelisah, kalau duk Malaysia tak tahu la... Time summer ni pantai la yg menjadi tempat tumpuan.


Walau pun berada di negara kristian tapi al-hamdulillah kami masih boleh beribadah dengan selesa. Mencari makanan halal pun mudah dan kami tidak berasa terasing di sini.
Pengalaman pahit?... bagi saya tak ada kot, bagi suami?.... masalah pembelajaran la. Tension tu kira rakan karib dia la.. hehehehe. Doakan suami saya berjaya ye, tak sabar dah nak balik Malaysia ni kerana... Hujan emas di negara orang, hujan batu di negara sendiri.... saya pilih negara sendiri.

Untuk berkenalan dengan saya, kunjungi blog SEKADAR CORETAN. Saya tersilap buat entry la, sepatutnya sya guna blog utama kan? Sorry..

2 comments:

Unknown said...

salam kak :)

Greetings frm Plymouth! Edinburgh's a nice place to be visited. Last Christmas saya n kwn2 spend few days kat Edinburgh. Kire cm mini tour laa td, So kitorg hnya smpat g Edinburgh Castle, St.Giles Cathedral n Camera Obscura. :)

Hanis MY said...

wahh cantik gambar akak kat bunga daffodils tu suka...