Thursday 27 January 2011

Baby & Me shopping style contest


Klik banner utk join, contest berakhir 3 feb

Nama ibu: FATEN AINUN BT MOHD NAWAWI
Nama anak: NAURATUN UZMA
Umur sekarang: 2 tahun 6 bulan

tips bershopping dengan anak:
1. Semasa anak kecil saya lebih suka gendong macam ni sebab baby lebih selesa dalam dakapan dan tak merengek. Dan yg pastinya anak selamat dengan kita, tiada la kes orang larikan anak dalam troli masa mak sibuk ambil barang. Nauzubillah.
2. Bila anak dah pandai jalan saya masukkan dalam troli. Agak2 dia boring saya biarkan dia berjalan tapi diikat dengan harnes. Ada orang kata macam ikat anjing tapi demi keselamatan anak kita juga kan?
3. Bila anak menjangkau 3 tahun saya mula gunakan cara shopping sambil belajar... hehehe. Dari rumah saya minta anak buatkan list barang, dia lukis la apa yg dia nak. Bila time shopping kami sama2 mencari barang tersebut. Sambil2 tu boleh la ajar nama barang dan membilang kuantiti yg dikehendaki.
4. Masa membayar anak saya akan scan barcode, masukkan coin, ambil duit baki dan resit. Semuanya dengan bantuan ibubapa.


Baby & Me Shopping Style Contest
dianjurkan oleh 

1 comment:

Unknown said...

goodluck :) jom join contest ni :)

http://idmatextile.blogspot.com/2011/01/contest-nama-baby-saya.html